Tujuan

Tujuan blog ini dibina, adalah:

1. Mengumpul maklumat dan sejarah kewujudan Kampung Benta Jambu dan juga Kolam Puteri .Mewarwarkan aktiviti dan berita  terkini yang berlaku di dalam kampong dan juga Daerah Pekan amnya. Memaparkan program dan aktiviti yang dirancang oleh JKKK  untuk pengetahuan penduduk kampong .Mendidik penduduk kampong supaya celik IT dan mendapat infomasi terkini melalui internet. Mendapatkan maklumat kampong dan tempat tempat rekreasi dikampong seperti memancing ,melihat belibis ,kera, burung botak dan lain lain aktiviti riadah di sekitar kampong.Banyak sejarah-sejarah lama yang tidak dibukukan telah hilang ditelan zaman begitu sahaja,Nama nama seperti Tambak Siam.Parit Mat Zin  Kolam Siam, Alor Parit Kubang Belanga ,Kolam Puteri Padang Pecah akan hilang dalam ingatan generasi terkini dan akan datang. Orang lama atau orang tua-tua yang telah lama meninggal dunia tidak sempat menceritakan bagaimana wujudnya tanah tumpah darah kelahiran mereka.

2. Mempromosi apa yang ada di dalam kampung, samada hasil kampung, produk, industri kecil, ekonomi, aktiviti, tempat sejarah, kawasan tadbir dan sebagainya mengikut keadaan kampung

3. Anda boleh mendapat maklumat yang tepat mengenai sesebuah perkampungan yang ditadbir oleh pihak JKKK hanya dengan melayari blog kampung tersebut di internet, sebelum datang berkunjung ke sana.